Rintis Niaga adalah jenama untuk program keusahawanan inkubator GIATMARA. Program usahawan inkubator GIATMARA telah mula dilaksanakan pada tahun 2006 dengan fokus kepada lepasan pelatih GIATMARA yang baru mula berniaga.
Peralatan - tidak melebihi RM 5000
Modal Mula (wajib membuka akaun bank syarikat) - RM 1000
Latihan Keusahawanan (wajib hadir) dan business coaching
Program ini akan berlangsung selama 2 tahun bermula dari tarikh anda tamat menjalani kursus Latihan Keusahawanan Teknikal (LKT).
Bagi tempoh 2 tahun tersebut, anda perlu:
Menghantar laporan prestasi perniagaan setiap hujung bulan
Tidak dibenarkan menjual atau meminjamkan peralatan yang diterima
Perlu hadir ke apa jua program / perjumpaan yang akan diberitahu oleh pihak GIATMARA dari semasa ke semasa
Melakukan perniagaan secara sepenuh masa, tidak dibenarkan bekerja / belajar sambil berniaga secara partime. Kerjaya utama anda adalah berniaga dan anda hanya boleh bekerja / belajar secara partime
Jika dalam tempoh 2 tahun tersebut, anda melanggar apa jua arahan diatas tanpa alasan yang kukuh, bantuan yang diterima boleh ditarik balik.
Telah tamat latihan / kursus di GIATMARA dalam bidang Soft Trade berikut:
Teknologi sistem komputer
Computer system and networking
Fashion and dressmaking
Hiasan dalaman
Mens jacket apparel
Pattern cutting and garment production
Seni sulaman kreatif
Seni reka gaya rambut
Solekan dan terapi kecantikan
Child care and family services
Holistic and wellness spa
Confectionary and bakery
Masakan dan pramusaji
Teknologi percetakan
Desktop publishing artist
Teknologi fotografi
Baru ingin mula berniaga atau baru mula berniaga kurang daripada 2 tahun
Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana bank atau agensi kerajaan yang lain
Berumur 21 - 40 tahun pada tahun 2019